Thursday, July 30, 2009

Peluang Kedua Perkasakan Bahasa Melayu

Peluang pertama pemerkasaan BM sebagai bahasa ilmu berakhir sekitar 2003 apabila Mahathir mengarahkan agar p & p sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris - yang secara langsung akan meletakkan bahasa Inggeris lebih superior sebagai bahasa ilmu berbanding BM.
Baru-baru ini kerajaan yang diwakili Muhyiddin bertindak untuk menghapuskan PPSMI mulai 2012, yang bererti peluang kedua diberikan bagi pemerkasaan BM.
Tapi hingga kini saya (baca : kita) belum terdengar rancangan konkrit daripada DBP, dan penerbit-penerbit universiti untuk memperbanyakkan buku ilmu karya asli dalam BM. Seharusnya, pada hemat saya, pimpinan DBP dan penerbit universiti sudah tampil mengemukakan rancangan strategik tentang bidang/subbidang/jumlah buku ilmu karya asli dalam BM yang boleh diterbitkan mulai 2010 - yang akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Jika "peluang kedua" ini tidak digunakan sebaik-baiknya, yang kelak khalayak kecewa kerana kurang buku ilmu karya asli dalam BM, kerajaan mungkin mengubah polisinya memihak bahasa Inggeris!
Seperkara lagi, pengembangan BM sebagai bahasa ilmu bukan tanggungjawab DBP dan orang Melayu semata-mata. Justeru itu DBP patut meluaskan penglibatan penerbit-penerbit bukan Melayu untuk sama-sama berganding bahu bagi memperkasakan BM [ kalaulah bahasa Inggeris hanya dikembangkan oleh orang Inggeris, bahasa Inggeris tidak berkembang pesat seperti sekarang!].
Oleh itu wahai pihak-pihak yang bertanggungjawab, bangunlah daripada lena dan zon selesa, kerana perjuangan memperkasakan BM perlu dilipatgandakan.

Wednesday, July 22, 2009

Hello Pak Lah

Beberapa hari yang lalu saya terbaca di dalam akhbar-akhbar tempatan, bahawa Pak Lah menyokong idea menyemak semula /menghapuskan ISA (Internal Security Act).
Mengapa saya tidak terbaca berita yang sama ketika Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri dahulu?
Wahai para pemimpin, berbuatlah sesuatu yang baik untuk umat manusia ketika anda masih berkuasa!
Hello Pak Lah,
Few days back, I read in the local papers that you support the idea of reviewing/ abolishing ISA (Internal Security Act).
Why don't I read the same one during your tenure as Prime Minister?
Dear leaders, please do something good for mankind while you are still in power!

Tuesday, July 21, 2009

Hello DBP

Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil langkah menghapuskan PPSMI mulai 2012.
Perjuangan memperkasa Bahasa Melayu (BM) tidak berakhir pada 2012, atau pun lebih awal daripada itu.
Perjuangan memperkasa BM harus bermula sekarang! BM memerlukan:
(1) Penulis yang baik dalam semua lapangan ilmu, untuk menghasilkan karya asli,
(2) Editor yang berkualiti,
(3) Perekabentuk dan ilustrator buku yang bagus,
(4) Penerbit, promoter dan penjual buku yang efektif, dan akhir sekali tetapi tidak kurang penting,
(5) Pembaca yang bagus.
Hello DBP. Adakah DBP bersedia menangani kebanyakan cabaran di atas?
Hello DBP (Institute of Language and Literature Malaysia)
Thanks to the government for abolishing PPSMI scheduled in 2012.
The struggle to fortify Malay language does not end in 2012, or anytime soon.
The struggle to fortify Malay language should start NOW! Malay language needs:
(1) Good writers in every field of epistemology, to write original works,
(2) Good editors,
(3) Good book designers & illustrators,
(4) Good publishers, promoters and sellers, and last but not least
(5) Good readers!
Hello DBP. Are you ready to handle most of the above tasks?