Wednesday, May 27, 2009

Tahniah Penulis-penulis Muda Malaysia

Saya baru menerima Resolusi Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009, [daripada Sdr. Mohd. Ridzuan Harun, mewakili sekretariat, PPMN 2009 pada 22-24 Mei di Ayer Keroh, Melaka] yang mengandung enam perkara iaitu:
(1) Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hendaklah dimansuhkan dengan segera.
(2) Mewujudkan Sekretariat tetap penulis muda.
(3) Kementerian Belia dan Sukan mengiktiraf golongan penulis muda dengan memberikan dana khas setaraf pertubuhan belia yang lain.
(4) DBP mesti menerbitkan 40% buah buku sastera daripada judul terbitan DBP setiap tahun.
(5) Meminta kerajaan mewujudkan Anugerah Sastera Penulis Muda.
(6) Mewajibkan mata pelajaran kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai pemantapan modal insan.
Saya fikir, anda penulis-penulis muda harapan rakyat, telah membuat resolusi yang begitu baik dan bernas. Tahniah. Harapan saya, resolusi ini dapat diserahkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, dipantau dan terus dipantau agar dilaksanakan, demi faedah para penulis muda Malaysia.

6 comments:

  1. Assalamua'alaikum. Sangat bersetuju dan wajar dilaksanakan segera. Semoga Alalh memberkati usaha. Luruskan niat mantapkan hati. Semoga dipermudahkan Ilahi.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Saya antara orang pertama yang bersetuju sekaligus sebagai penaipnya dalam mesyuarat.. semoga menjadi wasilah yang menjawab soalan tentang perjuangan saya dalam membela bahasa ibunda saya dan anak cucu kelak.. Semoga perlaksanaan dipemudahkan oleh-Nya..

    Salam hormat.

    ReplyDelete
  3. Semoga ini salah satu usaha kecil yang mampu memberi gegar besar kepada kelangsungan kesusasteraan Melayu tanah air. Harap diberi perhatian serius.

    Salam singgah daripada saya Rozlan Md. Noor ( www.celikhuruf.blogspot.com )

    ReplyDelete
  4. Seronok amat dapat berjumpa para ilmuan cukup bermanfaat mendidik jiwa bangsa. Terima kasih pejuang bahasa sekalian.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    Dr, adakah Dr pernah menerbitkan buku antologi skrip-skrip drama pentas karya Dr? Di manakah saya dapat membeli buku tersebut? Saya sangat berminat untuk membaca skrip-skrip drama pentas karya Dr. Harap dapat beri maklumat terperinci.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas sokongan datuk

    ReplyDelete