Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil langkah menghapuskan PPSMI mulai 2012.
Perjuangan memperkasa Bahasa Melayu (BM) tidak berakhir pada 2012, atau pun lebih awal daripada itu.
Perjuangan memperkasa BM harus bermula sekarang! BM memerlukan:
(1) Penulis yang baik dalam semua lapangan ilmu, untuk menghasilkan karya asli,
(2) Editor yang berkualiti,
(3) Perekabentuk dan ilustrator buku yang bagus,
(4) Penerbit, promoter dan penjual buku yang efektif, dan akhir sekali tetapi tidak kurang penting,
(5) Pembaca yang bagus.
Hello DBP. Adakah DBP bersedia menangani kebanyakan cabaran di atas?
Hello DBP (Institute of Language and Literature Malaysia)
Thanks to the government for abolishing PPSMI scheduled in 2012.
The struggle to fortify Malay language does not end in 2012, or anytime soon.
The struggle to fortify Malay language should start NOW! Malay language needs:
(1) Good writers in every field of epistemology, to write original works,
(2) Good editors,
(3) Good book designers & illustrators,
(4) Good publishers, promoters and sellers, and last but not least
(5) Good readers!
Hello DBP. Are you ready to handle most of the above tasks?
Assalamualaikum Dato`.
ReplyDeleteSaya sanggup mengahadapi cabaran itu, dan saya yakin Dato` akan percaya dengan kata-kata saya. Cuma saya perlukan sokongan agar saya dididik menjadi EDITOR Yang BERKUALITI. Hanya Jauhari Mengenal Manikam.
Azimin Daud
DBP
Assalamualaikum,
ReplyDeletePemansuhan PPSMI 2012 tidak boleh melekakan para pejuang dan pencinta bahasa kerana masih banyak cabaran dan halangan yang akan mendatang dalam merealisasikan impian itu sepenuhnya.
Satu cabaran untuk para penulis yang sentiasa mencintai dan mempejuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Cuma, masih terlalu banyak ilmu yang perlu dicari gali daripada orang-orang yang seangkatan dengan Dato' dan diharapkan masih terbuka ruang untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.
Seperti Saudara Azimin, saya juga perlukan sokongan dan didikan untuk menjadi seorang penulis dan editor yang mampu memberi sumbangan besar dalam dunia bahasa dan sastera tempatan.
Hello DBP, semoga mampu menggerakkan fikir dan rasa semua yang berbangga menjulang diri sebagai rakyat '1Malaysia' :)
Sdr. Azimin,
ReplyDeleteSdr. Wardah,
Semangat itu yang amat diperlukan. Kalau ramai golongan terpelajar komited untuk menjadi penulis, dan ada pula institusi yang mengambil berat untuk memupuk dan mengembangkan bakat, serta memberi peluang menghasilkan dan menerbitkan karya, ini akan memberi faedah besar kepada perkembangan bangsa, bahasa dan tamadun Melayu.