Monday, December 21, 2009

Terkenang Semasa Dulu : Bahan Penilaian Hadiah Sastera Perdana

Semalam saya terbaca di Berita Harian, para penulis tempatan diminta menghantar beberapa salinan karya mereka untuk dinilai bagi Hadiah Sastera Perdana 2008-09, kepada Sekretariatnya di DBP.
Terkenang Semasa Dulu : Dulu-dulu, para penulis tidak perlu menghantar beberapa salinan karya untuk dinilai oleh panel yang dilantik oleh DBP. Pada masa itu (dan sepatutnya dulu, kini dan selamanya), DBP mempunyai urus setia dan tenaga kerja yang mengumpulkan semua genre karya sastera untuk dinilai bagi setiap tahun penilaian. Lagi pula, di DBP ada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Sebagai Pusat Dokumentasi Melayu, pastilah dokumentasinya lengkap (termasuk bahan-bahan yang menyiarkan semua genre sastera bagi setiap tahun penilaian); kerana kalau tidak memiliki dokumentasi lengkap itu, maka tidak sejajarlah dengan nama gahnya Pusat Dokumentasi Melayu.
Bagaimana kalau DBP menarik balik cadangannya agar penulis menghantar beberapa salinan karya untuk dinilai oleh panel yang akan dilantik oleh DBP? Sebaliknya, tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada DBP yang mempunyai PDM, staf dan kemudahan lain?
Saya sendiri, maaflah, keberatan untuk mencari-cari semula semua karya saya yang tersiar, memfotokopinya beberapa salinan, dan menghantarnya ke Sekretariat. Bukan kerana saya ini sudah jadi Sasterawan Negara, tapi pada hemat saya, kerja itu patut dibuat oleh urus setia. Itu bukan kerja penulis, kerana penulis ada tugas yang berterusan - iaitu untuk terus menulis.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Ayahanda.
    Saya, Yusrizam Bin Ibrahim merupakan bekas pelajar Akademi Pengajian Melayu(APM), Universiti Malaya sesi 2006/2009. Akademi Pengajian Melayu baru sahaja usai melangsungkan Majlis Mesra Alumni APM dan rata-rata yang hadir ialah pelajar-pelajar muda(berusia lingkungan 23 dan 24 tahun. Pengarah APM sekarang ialah Prof. Madya Dato' Zainal Abidin Borhan dan dalam ucapannya ada menyebut beberapa tokoh yang merupakan mantan pelajar Jabatan Pengajian Melayu(kini APM). Ayahanda merupakan salah seorang daripadanya dan saya berbangga dengan kenyataan itu. Saya dan rakan-rakan mengharapkan adanya sokongan daripada tokoh bahasa seperti ayahanda untuk menggerakkan Alumni APM/Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. Semoga coretan ini mendapat perhatian ayahanda.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. salam bng anwar.
    saya setuju pdm buat kerja yang sepatutnya mereka dipertanggungjawaban bukanya penulais yang terpaksa fotokopi tulis/karya mereka lalu di hantar ke Sekretariat seperti mana dalu.
    tindakan Sekretariat meminta penulis berbuat demikian seklaigus mendedahkan ketidakupayaan mereka atau perkataan paling mudah, malas!
    DBP patut laksanakan sistem sedia ada yang digunapakai sebelum ini. tak perlu ada perubahan yang menyusahkan, jika ada yang lebih baik dan mudah!
    sewajarnya dbp patut lebih dewasa dengan usianya, kedepan dengan idea yang mantap dan akhir sekali memahami situasi sekeliling!
    lebih baik menjadi seorang tua di kaki gunung daripada seorang otai di dalam bilik dingin di bangunan pencakar langit!
    daripada zainizaa, bekas pengasas rangkaian penulis muda kuala lumpur (rantai).

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Tidakkah perkatan Dewan itu berasal daripada DEWA? Masakan dewa-dewa di Dewan mau bekerja? Layaknya mereka bersemayam sahaja.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Ayahanda,
    Sekadar pandangan. Saya fikir memang tidak wajar perkara itu berlaku apatah lagi untuk para pengarang besar. Lainlah kalau macam saya ni, jika diri sendiri tidak melakukan kerja-kerja 'pengkeranian' itu maka mungkin karya-karya baru yang punya keinginan untuk menyertai HSP tidak kesampaian.

    Ketika berbual dengan seseorang di jabatan baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa HSP bukan berbentuk pertandingan sebaliknya merupakan satu pengikirahan. Oleh sebab itu, saya fikir memanglah tidak wajar untuk penulis yang menyelongkar khazanah karya dan melakukan kerja-kerja pengkeranian itu. Merekalah yang wajar melakukannya.

    ReplyDelete
  5. Dato Anwar
    ya, sejak seminggu lalu saya juga cuba mendapatkan reaksi pihak DBP - begitukah kaedahnya? hingga kini masih belum saya terima jawapannya...

    ReplyDelete