Showing posts with label MPH. Show all posts
Showing posts with label MPH. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

MPH dan Buku-buku Melayu


Sekiranya Anda ke gedung buku MPH, Anda akan dapat menyaksikan ruang untuk buku-buku Melayu yang agak luas, jauh lebih luas berbanding beberapa tahun yang lalu. Ruang buku-buku Melayu diberi gerbang nama MUTIARA MINDA.
MPH juga mulai tahun 2010 mula menerbitkan majalah triwulanan MUTIARA MINDA. Barangkali kerana saya penerima Anugerah Sastera Negara yang terbaru, maka saya diberi penghormatan menghias muka depan majalah ulung MPH dalam bahasa Melayu ini [okey ke wajah saya? - sebab biasanya wajah wanita cantik saja, macam Sarimah, Marsha, Misha, Oprah dll yang entah datang dari planet mana, yang layak jadi cover!]
Majalah MUTIARA MINDA juga menyiarkan cerpen pelajar saya di ASWARA. Jika Anda ahli MPH majalah ini diberi percuma; kalau bukan ahli dijual RM3.00.
Selamat membeli buku-buku Melayu, termasuk di MPH. Selamat membaca, kerana sesiapa yang berpengetahuan maka ia berkuasa.