Thursday, July 30, 2009

Peluang Kedua Perkasakan Bahasa Melayu

Peluang pertama pemerkasaan BM sebagai bahasa ilmu berakhir sekitar 2003 apabila Mahathir mengarahkan agar p & p sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris - yang secara langsung akan meletakkan bahasa Inggeris lebih superior sebagai bahasa ilmu berbanding BM.
Baru-baru ini kerajaan yang diwakili Muhyiddin bertindak untuk menghapuskan PPSMI mulai 2012, yang bererti peluang kedua diberikan bagi pemerkasaan BM.
Tapi hingga kini saya (baca : kita) belum terdengar rancangan konkrit daripada DBP, dan penerbit-penerbit universiti untuk memperbanyakkan buku ilmu karya asli dalam BM. Seharusnya, pada hemat saya, pimpinan DBP dan penerbit universiti sudah tampil mengemukakan rancangan strategik tentang bidang/subbidang/jumlah buku ilmu karya asli dalam BM yang boleh diterbitkan mulai 2010 - yang akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Jika "peluang kedua" ini tidak digunakan sebaik-baiknya, yang kelak khalayak kecewa kerana kurang buku ilmu karya asli dalam BM, kerajaan mungkin mengubah polisinya memihak bahasa Inggeris!
Seperkara lagi, pengembangan BM sebagai bahasa ilmu bukan tanggungjawab DBP dan orang Melayu semata-mata. Justeru itu DBP patut meluaskan penglibatan penerbit-penerbit bukan Melayu untuk sama-sama berganding bahu bagi memperkasakan BM [ kalaulah bahasa Inggeris hanya dikembangkan oleh orang Inggeris, bahasa Inggeris tidak berkembang pesat seperti sekarang!].
Oleh itu wahai pihak-pihak yang bertanggungjawab, bangunlah daripada lena dan zon selesa, kerana perjuangan memperkasakan BM perlu dilipatgandakan.

13 comments:

  1. Perlu wujudkan pusat terjemahan bahasa/ilmu seluruh institusi pendidikan tadika hingga universiti awam mahupun swasta juga sektor lain juga perlu ada pusat terjemahan bahasa seluruhnya untuk memperkasakan bahasa Melayu digunapakai lebih meluas.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masa saya di UM dulu mahu buat pengkhususan Bahasa melayu tapi bila lalui kuliah, ia tak menarik minat saya. saya berpindah ke pengajian melayu. saya rasa kaedah mengajar di sekolah perlu berubah, kandungan buku perlu berubah...bahan BM perlu berubah...lebih interaktif dan mudah. Media massa hari pun sudah tidak memihak pada BM, jadi pihak yang bertanggungjawab perlulah lakukan sesuatu...saya setuju dato'

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Bukan sedikit keluhan yang kedengaran berhubung perkara ini dan sewajarnya pihak DBP tidak sekadar menutup telinga. Keluhan dan teguran perlu dipandang secara serius dan melahirkan tindakan. Bukan sekadar mendengar sahaja.

    ReplyDelete
  5. Syabas dan Tahniah Dr atas penerimaan Sasterawan negara ke-10. Teruskan berbakti dalam dunia penulisan sastera Malaysia.TAHNIAH....

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum....
    sekalung tahniah dato' atas penganugerahan Sasterawan Negara.Saya sebagai pelajar didik dato' turut menumpang bangga.
    'Semoga bahasa dan kesusasteraan negara kita akan terus dimartabatkan'.

    ReplyDelete
  7. Salam Dato yang dihormati,
    Tahniah. Saya sentiasa menanti hasil dato seterusnya.

    ReplyDelete
  8. tahniah Dato', terima kasih sudi datang ke UKM.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Dato`

    Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kurniaan tersebut. Moga dengan anugerah itu "pemberontak yang senyap" mampu menggegar singgahsana DBP yang mungkin terlena dan perlu dikejutkan agar tergesa-gesa bangun membetulkan apa yang patut dan bersedia menyahut semua cabaran demi bangsa tercinta dan bahasa Kebangsaan.

    Tahniah Dato`.
    Teringat Dato` setiap kali saya membawa bekal ke pejabat.

    TAHNIAH DATO`

    ReplyDelete
  10. Dato Anwar Ridhwan - tahniah dinobatkan Sasterawan Negara 2009

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Alhamdulillah serta tahniah buat dato' atas penganugerahan SN (Sasterawan Negara). Moga pengiktirafan ini tidak melunturkan sebarang nilai dari diri Dato', sebaliknya moga ianya menyemarakkan lagi semangat Dato' sebagai adiwira dalam dunia penulisan.

    ReplyDelete
  12. Aslkm Dato'

    Saya mewakili 20 Badan gabungan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan warga budaya Selangor, mengucapkan tahniah di atas anugerah yang Dato' terima.
    Semoga itu akan menjadi dorongan kepada impak perjuangan yang lebih besar dari Dato' kepada bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  13. Sindiket Sol-Jah akan terus menerus menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu.

    ReplyDelete