Thursday, April 1, 2010

MPH dan Buku-buku Melayu


Sekiranya Anda ke gedung buku MPH, Anda akan dapat menyaksikan ruang untuk buku-buku Melayu yang agak luas, jauh lebih luas berbanding beberapa tahun yang lalu. Ruang buku-buku Melayu diberi gerbang nama MUTIARA MINDA.
MPH juga mulai tahun 2010 mula menerbitkan majalah triwulanan MUTIARA MINDA. Barangkali kerana saya penerima Anugerah Sastera Negara yang terbaru, maka saya diberi penghormatan menghias muka depan majalah ulung MPH dalam bahasa Melayu ini [okey ke wajah saya? - sebab biasanya wajah wanita cantik saja, macam Sarimah, Marsha, Misha, Oprah dll yang entah datang dari planet mana, yang layak jadi cover!]
Majalah MUTIARA MINDA juga menyiarkan cerpen pelajar saya di ASWARA. Jika Anda ahli MPH majalah ini diberi percuma; kalau bukan ahli dijual RM3.00.
Selamat membeli buku-buku Melayu, termasuk di MPH. Selamat membaca, kerana sesiapa yang berpengetahuan maka ia berkuasa.

11 comments:

  1. ok dah tu. tak ada pencabar terdekat

    ReplyDelete
  2. Di mana dan bila pun, tetap hensem. Dalam karya pun hensem juga.

    ReplyDelete
  3. Ayahanda, hehe. Siapa kata tak ok tu. Biar saya dengar seratus sebab daripadanya.

    Chaiyok' Dato' :)

    P/S, saya tak sempat nak siar MINDA MUTIARA dengan autograf dato' tu. hehe, pencetak saya meragam.

    ReplyDelete
  4. Dato SN,
    perlu ada sisipan petua awet muda :-)

    ReplyDelete
  5. Petua Dato' lepas makan berjalan kaki 100 langkah. tapi saya buat setakat 10 langkah saja ke kerusi dan tengok tv

    ReplyDelete
  6. Salam Dato'SN,
    Foto ini lain drp yg pernah
    disiarkan. Mengancam tu!
    Ye la. Nak gak petua awet mua
    tu diperturun.
    Ke...sbb pengerasnya teramat
    luar daripada biasa?
    He he...

    ReplyDelete
  7. Jangan risau, saya nampak wajah Dato' wajah rezeki. Saya suka ungkapan "sesiapa yang berpengetahuan, maka ia berkuasa".
    Saya fikir kalau Dato' boleh tulis satu buku tentang itu, tentu hebat.
    Dari Tradisi Rom, China, Yahudi dan seluruh tamadun besar - terasnya ialah ilmu pengetahuan.
    "Saya fikir orang kita masih tak berapa faham tentang itu." Kita sibuk & tak habis-habis dgn "kosmetik".

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah mantan bos saya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato` terima kasih kerana sudi menyemarakkan program Karnival Citra Budaya UPM tempoh hari. ( Malupun ada, segan dgn Dato` peristiwa mlm tu ).

    Dato` sebenarnya terlalu banyak persoalan yg berlegar di ruang minda ni. Saya ada terbaca tentang Score A yg banyak melahirkan jutawan Melayu. Saya nerusaha juga nak tahu pasal score A ni. Cari punya cari tahu lah serba sedikit tentang score A ni. Sekadar bertanya pendapat Dato` agak-ahaknya bagus ke tidak program ni. Kalau iyalah ia mampu melahir jutawan Melayu yg hebat saya pun nak join. Saya sekadar membaca dan menerokanya sepintas lalu. Waktu mengelamun sebegini, tetiba ingin bertanya pendapat Dato`. Pendapat yang bernas daripada seorang pemikir yang telahpun diiktiraf negara sebagai sasterawan negara yang ke-10. Moga pendapat Dato` boleh mengubah dimensi baharu dlm hidup saya.
    Terima kasih Daro`

    ReplyDelete
  9. suka naratif ogonshoto. baru je baca. huhu.

    dato' hensem!

    ReplyDelete
  10. Merkur 34C Progress Adjustable Safety Razor - DACCASINO
    Merkur 34C Progress Adjustable Safety Razor - DACCASINO deccasino This razor has a chrome plated finish, a chrome plated handle, and is septcasino made in 바카라 Solingen, Germany.

    ReplyDelete