Showing posts with label Hassan Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Hassan Ahmad. Show all posts

Sunday, May 24, 2009

Anwar Ridhwan : Luahan Harapan kpd TPM

[Anwar Ridhwan (kanan) sedang bersalam dengan YAB TPM]
Pada petang Selasa 19 Mei 2009, bertempat di Hotel Shangri-La Putrajaya, Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd (ITNMB) menganjurkan majlis Pertemuan TPM dengan Sasterawan Malaysia, dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia.
Ketika acara minum petang, beberapa tokoh bahasa dan sastera Melayu (Dato' Dr. Hassan Ahmad, SN Muhammad Haji Salleh, SN Datuk A. Samad Said, Dato' Baha Zain dll) mengambil peluang bersemuka dengan YAB TPM untuk membangkitkan isu membatalkan PPSMI dan martabat sastera. Akibat waktu yang terbatas, beberapa isu disentuh ketika hadirin bersalaman dengan YAB TPM.
Semasa saya bersalaman dengan YAB TPM (gambar), saya sempat meluahkan harapan dan pesan : "Dengan kapasiti YAB sebagai Timbalan Perdana Menteri, tolonglah perkasakan Bahasa Melayu di negara ini. Kalau Bahasa Melayu tidak perkasa, suatu hari nanti sastera Melayu mungkin akan tergeser dari sastera arus perdana di Malaysia."
Mungkinkah dalam tempoh terdekat kita akan dapat mendengar pemimpin negara menyentuh perancangan strategik pemerkasaan Bahasa Melayu dalam pelbagai ranah kehidupan? Atau sebaliknya?