Sunday, May 24, 2009

Anwar Ridhwan : Luahan Harapan kpd TPM

[Anwar Ridhwan (kanan) sedang bersalam dengan YAB TPM]
Pada petang Selasa 19 Mei 2009, bertempat di Hotel Shangri-La Putrajaya, Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd (ITNMB) menganjurkan majlis Pertemuan TPM dengan Sasterawan Malaysia, dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia.
Ketika acara minum petang, beberapa tokoh bahasa dan sastera Melayu (Dato' Dr. Hassan Ahmad, SN Muhammad Haji Salleh, SN Datuk A. Samad Said, Dato' Baha Zain dll) mengambil peluang bersemuka dengan YAB TPM untuk membangkitkan isu membatalkan PPSMI dan martabat sastera. Akibat waktu yang terbatas, beberapa isu disentuh ketika hadirin bersalaman dengan YAB TPM.
Semasa saya bersalaman dengan YAB TPM (gambar), saya sempat meluahkan harapan dan pesan : "Dengan kapasiti YAB sebagai Timbalan Perdana Menteri, tolonglah perkasakan Bahasa Melayu di negara ini. Kalau Bahasa Melayu tidak perkasa, suatu hari nanti sastera Melayu mungkin akan tergeser dari sastera arus perdana di Malaysia."
Mungkinkah dalam tempoh terdekat kita akan dapat mendengar pemimpin negara menyentuh perancangan strategik pemerkasaan Bahasa Melayu dalam pelbagai ranah kehidupan? Atau sebaliknya?

7 comments:

  1. semoga harapan yang diluah mencambah kesedaran pihak pemimpin :)

    ReplyDelete
  2. semoga politikus mempunyai kekuatan untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan mereka. Sebelum itu mereka diminta bertaubat dan mengkeramatkan kembali BM.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Dr. kerana berani bersuara. Berani keran benar tkut kerana salah.

    Kami anak muda tetap berdiri teguh bersama-sama pejuang bahasa.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Dr, adakah Dr pernah menerbitkan buku antologi skrip-skrip drama pentas karya Dr? Di manakah saya dapat membeli buku tersebut? Saya sangat berminat untuk membaca skrip-skrip drama pentas karya Dr. Harap dapat beri maklumat terperinci.

    Sekian, terima kasih.


    Nezz,
    Langkawi Permata Kedah

    ReplyDelete
  5. Apa pendapat Dr Anwar tentang video Language Kebangsaan- http://www.youtube.com/watch?v=cneEyAy9r1k

    Berani buat entri baru berisi pendapat Dr tentang video tersebut?

    ReplyDelete
  6. Saya juga bersetuju dengan harapan ini.
    Hidup Sastera Melayu ....

    ReplyDelete