Wednesday, May 20, 2009

Anwar Ridhwan & Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir

Judul buku : Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir
Penyelenggara : Suratman Markasan
Penerbit : Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1991
ISBN 983-62-2106-9
580 halaman/RM25.00

Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir lahir daripada hasrat untuk mengisi kekosongan selepas terbitnya buku Puisi-puisi Nusantara Mutakhir (DBP, 1981) di samping untuk menghimpunkan karya-karya oleh penulis-penulis dari seluruh Nusantara ke dalam satu wadah untuk tatapan bersama. Antologi ini memuatkan 54 buah cerpen hasil karya 54 orang penulis dari negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang dianggap bermutu dan dapat mewakili keterlibatan setiap pengarang dalam dunia kesusasteraan. Dengan penggabungan karya-karya penulis Nusantara ini dapatlah kita melihat secara perbandingan tentang penghasilan karya setiap negara dilihat dari segi penggunaan bahasa, persoalan tema, perwatakan dan latar yang sering diambil - Suratman Markasan.
Anwar Ridhwan, "Jika Esok Tiba," (275-281).
Cerpen-cerpen lain dari Malaysia merupakan karya Abdullah Hussain, Abdullah Tahir, Ali Majod, Arena Wati, Azizi Haji Abdullah, Baharuddin C.D., Baharuddin Kahar, Fatimah Busu, Kemala, Keris Mas, Mana Sikana, Muhd. Mansur Abdullah, Noorjaya, Othman Puteh, Razak Mamat, Rogayah A. Hamid, Shahnon Ahmad, S. Othman Kelantan, Siti Zainon Ismail, dan Zaharah Nawawi.