Tuesday, November 20, 2012

Saudara Islam Kita di Palestin, Yahudi dan...
Setiap umat Islam, saban hari, tersentuh emosi dan fikiran apabila memikirkan nasib saudara-saudara Islamnya di Palestin yang dibantai Yahudi (yang dilaknat  Allah) - pembantaian bersakala kecil atau besar yang datang bertalu-talu.
Kita memanifestasikan rasa keprihatinan melalui pelbagai cara (doa, derma, puisi, tunjuk perasaan dan sebagainya lagi). Tetapi umat Islam saudara-saudara kita bukan sahaja dibantai di Palestin, malah di beberapa tempat lagi di dunia ini
Kita semua tahu bahawa kita umat Islam perlu membentuk dan membina kekuatan dalaman dan luaran (politik, ekonomi, persenjataan, hubungan antarabangsa dll) untuk dapat bangkit setara dengan kuasa besar dan kemudian mengatasi semua kejahatan di dunia ini.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, menolong dan memberi kemenangan kepada umat Islam yang menganut agama samawi-Nya. Amin.
(Anwar Ridhwan)

No comments:

Post a Comment