Pada 15 Julai 2008 yang lalu, Fakulti Penulisan ASWARA menerima kehadiran Dekan Fakultinya yang baharu, iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Dato’ Dr. Anwar lahir pada 5 Ogos 1949 di Sungai Besar, Selangor dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar (1956 – 1962) sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam (1963 – 1967) dan menengah atas di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968 – 1969). 1970 beliau diterima masuk ke Universiti Malaya mengikuti kursus di Jabatan Pengajian Melayu.
Mulai Mei 1973, Dr. Anwar berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pernah bertugas sebagai sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pernah mengetuai Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau di DBP ialah Pengarah Jabatan Penerbitan. Dr. Anwar bersara wajib di DBP pada tahun 2005 dan sejak itu mengendalikan syarikat perundingan penerbitannya sendiri, Arsalia Sdn. Bhd.
Ketika berkhidmat di DBP, Dr. Anwar beberapa kali berpeluang ke luar negeri untuk suatu tempoh yang agak panjang. Antaranya beliau pernah mengikuti kursus penerbitan buku di New York University, New York pada 1982 selama satu semester, mengikuti International Writing Program di Universiti Iowa, Amerika Syarikat selama empat bulan (1986), dan menjadi Profesor Pelawat di Tokyo University of Foreign Languages, Tokyo, selama tiga tahun, pada 1997 - 2000.
Dato’ Dr. Anwar juga sempat menamatkan pengajian ke peringkat tertinggi, apabila memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun1983 dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya pada tahun 1998.
Dalam dunia penulisan, Dr. Anwar banyak menghasilkan cerpen, di samping turut menulis novel, puisi dan esei/kritikan. Antara kumpulan cerpennya (perseorangan) ialah Parasit (1976), Sesudah Perang (1978) dan Sangkar (1986), sementara cerpen-cerpen yang lain terbit di dalam beberapa buah antologi bersama. Novel pertama beliau yang sangat terkenal ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) yang memenangi Hadiah pertama Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah-GAPENA II. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun, Bengali dan Peranchis. Arus merupakan novel keduanya (1985) dan memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1984/85). Karya beliau yang terkini – Naratif Ogonshoto turut mencatat sejarah cemerlang, apabila karya yang boleh diterima sebagai kumpulan cerpen atau novel itu memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2000/01), Hadiah Sastera MASTERA 2002, dan juga melayakkan penulisnya menerima S.E.A. Write Awards daripada pemerintah Thailand pada tahun 2002.
Berikut adalah wawancara Zakaria Ariffin dengan Dato’ Dr. Anwar Ridhwan:
ZA: Selamat datang dan selamat menjalankan tugas, Dato’ Dr. Anwar.
AR: Terima kasih. Tugas ini mengingatkan saya kepada pengalaman selama tiga tahun ketika bertugas sebagai Profesor Pelawat, di Tokyo University of Foreign Studies.
ZA: Apakah faktor utama yang mendorong Dato’ menerima tawaran ASWARA untuk berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Penulisan?
AR: Dunia penulisan – teori dan praktiknya – amat rapat dengan diri saya. Sejak berada di DBP, dan malah ketika dalam persaraan, saya terus menulis dan mengendalikan bengkel-bengkel penulisan di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Singapura, dan Thai Selatan. Apabila ditawarkan tugas di ASWARA, saya fikir inilah tempat dan medan terbaik untuk saya berkongsi ilmu yang ada secara lebih sistematik, mendalam, dan mengarah kepada penghasilan karya para mahasiswa yang bakal mengisi dan mewarnai dunia sastera kita masa depan.
ZA: Sebagai seorang bekas ‘pengurus’ sastera dan juga seorang pengarang yang sangat berpengalaman, apakah yang Dato’ fikir boleh Dato’ sumbangkan untuk memantapkan lagi Fakulti Penulisan ASWARA?
AR: Asasnya adalah untuk mengembangkan bakat serta minat dalam jiwa para mahasiswa, melalui ilmu penulisan dan ilmu-ilmu bantu yang boleh memperkukuh produk Fakulti Penulisan, iaitu mahasiswa dan karya mereka. Kita harus mempunyai kesedaran bahawa teknik penulisan, teori sastera dan sosial, serta ilmu umum terus berkembang. Semua itu harus digarap dalam upaya menghasilkan karya sastera bertaraf dunia.
ZA: Pada pandangan Dato’, di manakah silapnya sistem pendidikan kita, sehingga tidak banyak karyawan atau pengarang muda lahir daripada institusi pengajian tinggi sejak akhir-akhir ini?
AR: Ada penekanan yang salah terhadap dikotomi aliran sains dan sastera, pengajaran dan pembelajaran sastera yang ‘dianak-tirikan’, serta momokan bahawa pelajar lulusan sastera sukar bersaing di pasaran pekerjaan. Di negara-negara maju, sastera terus disepadukan dalam sistem pendidikan pelbagai peringkat. Sastera juga menjadi ‘modal’ penting bagi industri kreatif.
ZA: Selain daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa yang tertakluk pada sukatan pelajaran sedia ada, apakah program-program yang Dato’ fikir boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan prestasi mahasiswa Fakulti Penulisan khususnya?
AR: Satu daripadanya ialah membaca dan mendiskusikan karya-karya besar bertaraf dunia. Untuk menjadi penulis besar, kita mesti selalu bersedia membaca, meneliti, dan mengapresiasi karya-karya besar. Prosesnya harus sistematik dan tekal.
ZA: Apakah Dato’ fikir graduan (diploma dan ijazah) Fakulti Penulisan ASWARA pada masa hadapan akan lahir sebagai karyawan yang benar-benar berilmu, mahir, profesional dan berdaya saing serta mampu memasuki industri kreatif di negara ini?
AR: Program pengajian di Fakulti Penulisan ASWARA khususnya, dan di fakulti-fakulti lain amnya, memang disasarkan untuk tujuan-tujuan murni dan positif seperti itu. Fakulti Penulisan dan ASWARA akan berbuat apa sahaja agar matlamat tersebut tercapai. Harapan kita ialah, apabila graduan meninggalkan ASWARA kelak, mereka mempunyai jati diri serta sikap profesional yang tinggi sebagai penggiat sastera, penulis, serta penyumbang industri kreatif negara.
ZA: Akhir sekali, apakah harapan Dato’ dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Fakulti Penulisan ASWARA khasnya dan terhadap mahasiswa Fakulti ini umumnya?
AR: Sejak hari pertama saya bertugas, saya telah mendapat sokongan padu daripada Rektor dan Timbalan Rektor, para pensyarah di Fakulti Penulisan dan fakulti-fakulti lain. Kerjasama seperti ini akan melancarkan tugas kita bersama untuk merancang dan melaksanakan program pengajian – agar taraf dan kecemerlangan ASWARA dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi, dan kita berhasil melahirkan graduan-graduan yang cemerlang.
ZA: Terima kasih.
AR: Terima kasih kembali.